Petua merawat bibir hitam
Tahukah anda bahawa
bibir merupakan salah satu bahagian dari tubuh yang cukup terdedah? Bibir
merupakan salah satu bahagian tubuh yang sangat terdedah kepada cahaya
matahari.Bibir tidak mempunyai melanin iaitu pigmen kulit yang berfungsi untuk
menangkis sinar ultraviolet yang dipancarkan oleh cahaya matahari. Sebab
itulah bibir menjadi sangat terdedah jika terkena matahari.
Kenapa bibir anda
hitam sedangkan anda tidak pernah merokok dan sebagainya? Adakah ini merupakan
tanda keturunan bibir hitam? Untuk pengetahuan anda, bibir hitam juga boleh
disebabkan penggunaan lipstik atau gincu bibir itu sendiri. Ada beberapa petua
yang boleh anda praktik supaya bibir tidak hitam selepas memakai lipstik.